Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA DAN SEMUA YANG KENAL SAYA. MAAFKAN KESALAHAN YANG SAYA LAKUKAN.

Jadilah lelaki yang soleh dari sibuk cari wanita solehah..

Betul kata mak, "kalau nak anak orang kenela jadi baik dulu, ada duit dan cukup segalanya..agama pun kene mantap dan num one yang perlu di jaga, barulah boleh ajar isteri dan anak-anak..".antara kata mak yang cukup power..

Lelaki bila di tanya apakah ciri-ciri wanita yang di idam-idamkan, ramai yang menjawab, bertudung, tak pakai ketat-ketat, sopan, pandai masak dan macam-macam ciri-ciri yang baik-baik. kadang-kadang keinginan mereka tanpa mereka sedar, layakkah mereka mendapat wanita seperti yang mereka inginkan..? tepuk dada tanya iman. saya bercakap tentang diri saya yang masih jauh untuk menjadi lelaki baik tetapi bagi saya, dari mencari wanita solehah, lebih baik kita sendiri berusaha menjadi lelaki soleh. sedar tak sedar banyak kekurangan yang ada pada kita sebagai lelaki. dan bagi wanita, ,mereka mahukan lelaki yang akan mereka kahwini mempunyai ciri-ciri yang mantap untuk membimbing satu bahtera bergelar perkahwinan.

kepada wanita, fikirkan betul-betul bakal suami anda. kerana anda inginkan satu perkahwinan yang kekal dan bahagia. bagi lelaki pula, syabas dan tahniah sekiranya anda mempunyai kesedaran untuk menjadi lelaki yang soleh dan bertanggungjawab.

kepada lelaki yang mengaku lelaki, untuk menjadi lelaki yang baik dan hebat dan paling penting lelaki yang soleh, perkara yang perlu di utamakan dan di pandang serius ialah SOLAT. Solat yang di lakukan dengan penuh rasa iman dan ikhlas untuk sujud pada ALLAH SWT akan memberi impak yang besar kepada hati kita. lagi-lagi di lakukan secara berjemaah.. tetapi solat yang di lakukan seperti super hero the flash tidak akan memberi kesan apa-apa kepada hati kita. percayalah wahai kaum lelaki, kita akan mempraktikkan apa yang kita lakukan dalam solat di luar solat kita. contoh, kita berniat solat kerana ALLAH dan bukan kerana makhluk, jadi apabila di luar solat nita kerana ALLAh tetap di utamakan sekiranya kita ingin melakukan sesuatu perkara.dalam solat ada doa dan bila di luar solat, tak kiralah kita dalam keadaan bahagia atau susah, kita akan berdoa kepada ALLAH.

kadang-kadang ramai lelaki yang mahukan isteri yang tidak tinggal solat, tetapi diri sendiri masih kalah untuk bangun solat subuh, masih lemah untuk gerakkan kaki melangkah ke masjid. solat mereka pandang ringan. kata meraka, lepas kahwin baru berubah. ini silap. ini adalah satu kezaliman yang di lakukan kepada wanita yang akan di kahwininya. lelaki adalah pemimpin untuk wanita. tanggungjawab lelaki kepada wanita yang di kahwininya amat besar. minta maaf kepada kaum wanita sekiranya ada lelaki yang kahwini seorang wanita kerana nafsu lelaki.

berbalik kepada lelaki, marilah kita sama-sama berusaha menjadi lelaki yang hebat dalam semua perkara terutama agama kita yang merangkumi pelbagai perkara yang perlu dilakukan untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim. Biar kita menjadi lelaki soleh dari mencari wanita solehah tapi dalam masa yang sama kita lemah dari semua aspek.

insyallah...

Wednesday, September 16, 2009

Rindunya akan ahli ibadah.

Saya tersentuh pagi tadi selepas solat subuh di masjid, apabila Prof Kamil memberi sedikit tazkirah kepada jemaah subuh pagi tadi. Tersentuh hati saya apabila prof mengatakan semester ini adalah semester terakhir prof menjadi pengarah di UITM Segamat. Macam-macam perubahan yang dengan izin ALLAH beliau lakukan. Terutama mengenai jemaah di masjid. Sepanjang beliau menjadi pengarah, pelbagai usaha di lakukan untuk menarik pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk berjemaah di masjid.

Hampir setiap awal pagi saya pasti akan lihat prof Qiamulail dan kemudian membaca al Quran. Itulah usaha seorang yang mahukan perubahan agama dalam dirinya. Sentiasa istiqamah berjemaah di masjid walaupun beliau sibuk dengan urusan kerja dan urusan luar. Bagi saya prof adalah seorang ahli ibadah. Rasa sayu sangat apabila memikirkan orang sentiasa berusaha menjaga agama pergi meninggalkan kita.

Saya doakan akan ramai lagi orang seperti prof dapat saya jumpa dan saya doakan hati saya terus menerus memelihara islam..

Monday, September 14, 2009

Kiamat sudah hampir...

Blog kali ini bercerita mengenai hari kiamat..


" Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”

Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..

Monday, September 7, 2009

Separuh ramadhan.

Alhamdulillah, sudah 16 hari umat islam di dunia menjalani ibadah puasa. Tetapi dalam seronoknya menjalani ibadah puasa ini, saya terfikir adakah puasa saya kali ini diterima ALLAH atau tidak? Adakah amal-amal yang lakukan dalam bulan Ramadan ini di terima? Saya berfikir sejenak. Banyak perkara yang sia-sia saya lakukan dalam bulan ini. Rasa hina dan berdosa sangat. Sebelum ramadhan saya berniat hendak melakukan macam-macam ibadah. Kerana inilah peluang terbaik saya untuk mencari redha ALLAH dan kekuatan untuk menghadapi masa yang akan datang..

Dalam ramadan kali, Alhamdulillah usaha saya untuk menghafal sebanyak mungkin ayat AL Quran dapat di teruskan. cuma selepas ini saya perlu meminta tolong ustaz-ustaz yang arif dan mahir mengenai Al Quran untuk mendengar hafalan saya. Seronok rasanya menghafal dan terus menghafal ayat suci al Quran. Inilah yang saya ingin-inginkan. mempelajari AL Quran dan mengamalkannya. Saya nekad, selepasa belajar di Uitm ini, saya ingin meneruskan pengajian sya dalam AL Quran dan tafsir. Tidak mengapa sekiranya saya bermula dari bawah. Asalkan ilmu al quran saya dapat pelajari dan mengamalkan perintah-perintah ALLAH yang terkandung dalam Al Quran.

Masih ada beberapa hari lagi kita dapat menjalani ibadah puasa. Hanya beberapa hari. Saya berdoa semoga ALLAH memberi saya kekuatan untuk beramal dalam bulan ini.

Perkara yang pertama yang perlu saya ubah dalam diri saya ialah menahan marah dan bersabar. Inilah kelemahan yang ketara dalam diri saya.

Saya terbaca satu buku dan saya terpandang pada hadis nabi mengenai marah. Sahabat nabi yang bernama Abu Darda' pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepada ku satu amalan yang akan membawaku ke syurga." Nabi menjawab, "Janganlah engkau marah!."Hadis ini di laporkan oleh Imam Thabrani dan Abid Dunya dengan sanad yang baik.

Ini menunjukkan sikap marah perlu kita elakkan dalam diri. Mungkin tanpa kita sedar ketika kita sedang marah, kita menyakitkan hati kawan-kawan. Maafkan saya kawan-kawan yang pernah saya marah dan sakitkan hati.

Insyallah saya akan terus usaha untuk elakkan marah dan bersikap sabar dalam semua keadaan. dan saya akan terus study dan study..

Selamat berpuasa dan doakan kesejahteraan umat Islam.

Friday, September 4, 2009

Marah di Bulan Puasa.

Ramadhan kali banyak mengajar saya erti sabar. dan ramadhan kali ini juga tahap marah saya menjadi-jadi. salah sikit nak marah.mungkin sebab tension fikirkan study saya gagal kuasai sikap marah saya. saya minta maaf kepada kawan-kawan yang pernah di marahi saya. inilah kelemahan terbesar saya yang masih tidak dapat di kawal.

banyak kesan negatif akan terjadi kepada diri kita sekiranya kita tidak mengawal kemarahan kita. antaranya kesannya adalah terhadap kesihatan kita. dan hubungan antara kawan-kawan kita. hubungan antara masyarakat sekeliling dan paling penting sikap marah akan membuatkan hati kita keras dan sukar untuk memaafkan orang lain.

itulah sebabnya rasulullah saw menyebut sehingga tiga kali perkataan jangan marah. kerana marah badan binasa. kita tukar sikit ungkapan kerana mulut badan binasa. lagi-lagi kita marah di bulan yang mulia ini. penat dapat tapi pahala kurang.

saya cuba mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini untuk mengubah dan mengurangkan sikap panas baran saya. antara usahanya adalah dengan membaca al quran, berzikir dan qiamulail dan usaha yang lain adalah dengan cara berdoa. alhamdulillah sikit sebanyak ia membantu saya dalam usaha mengurangkan sikap panas baran saya. tapi kadang-kadang terlajak juga. rasa bersalah sangat kepada kawan yang pernah di marahi saya. maafkan saya. insyallah saya akan teruskan usaha megurangkan kemarahan ini.

Saturday, August 15, 2009

Belajar.

Alhamdulillah dapat lagi saya menaip dengan izin ALLAH. hmm alhamdulillah, akhirnya hati saya kembali seronok untuk belajar. walaupun sikit tapi ok la bagi saya..dapat gak saya baca beberapa chapter untuk subject DIIM. susah sebenarnya nak dapatkan semangat sebegini..ALLAH membuka pintu hati saya...doakan hati saya terus terbuka menerima subject2 ini..

Thursday, August 6, 2009

PEMIKIRAN ULAMA


" Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya( dan jenis). Sesungguhnya yang takut kepada ALLAH di antara hamba-hambaNYA, hanyalah para ULAMA. Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Al- Fathir : 28)

" Sesungguhnya ulama adalah pewaris para NABI, Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak."
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu daud dan Ibnu Majah. Di Sahihkan oleh Al Albani)

Sunday, July 19, 2009

borak bersama pelajar sem satu

malam ahad 19 hb, kira-kira dalam pukul 12.30 pagi saya berkesempatan untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar sem satu. di masjid as syakirin. mereka datang untuk iktikaf di masjif dan qiamulail.mula-mula dua orang kemudian tiga orang datang membuat halaqah bersama saya..seperti usrah dan muzakarah ilmu pula.saya bercerita pengalaman saya.megenai kesilapan saya dalam pelajaran dan macam-macam lagi. ada seorang yang sama course dengan saya juga tidak berminat dengan course yang dia belajar sekarang. tapi pengalaman mengajar saya untuk bercerita dan menasihati dia. saya katakan kepada dia tidak ada guna kalau kita ajak orang datang masjid tapi study kita teruk. apa yangALLAH beri pada kita walau pun kita tak suke tapi itulah yang terbaik untuk kita. ALLAH lebih tahu apa yang baik bagi hambanya. dan daya katakan kepada sahabat saya itu, saya telah membuat fitnah yang besar kepada agama sebab saya selalu pergi masjid tapi study saya teruk..bila cerita perkara itu, air mata ini seperti hendak keluar dan menjerit . " YA ALLAH, aku betul-betul meyesal ya ALLAH, ampunkan aku!!". dan macam-macam saya nasihati sahabat saya itu. saya berdoa, dia boleh terima course ini.

agama dan ilmu penting sebab dengan ilmu, agama dapat di amalkan.

Thursday, July 16, 2009

Wasiat terakhir RASULULLAH SAW

Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.

Wednesday, July 15, 2009

kawan-kawan.



Kesan dosa terhadap bentuk rupa dan jasad.

kali ni saya menyentuh soal dosa pula. Imam at- tirmidzi meriwatkan dalam kitab Jami'-nya mengenai kesan dosa terhadap bentuk rupa dan jasad manusia berdasarkan pada hadis yang di riwayatkan oleh Al- Bukhari. Hadis ini bermaksud jika bumi bersih daripada dosa dan maksiat, ALLAH SWT akan mendatangkan pelbagai keberkatan yang selama ini terhapus di sebabkan dosa dan kekufuran. tidak syak lagi bahawa kesan negatif seksaan atau balasan, pada yang di turunkan ALLAH SWT di bumi ini akan kekal dan akan tetap berlaku berlaku di bumi ini. balasan dan seksaan ini sesuai dengan keadaan pelbagai dosa yang di lakukan manusia yang merupakan kesan-kesan dosa dan pelanggaran hamba, yang pada hakikatnya adalah antara kesan bukti dan seksaan ALLAH swt ke atas umat. kesan-kesan yang terdapat di bumi adalah antara kesan dan bukti seksaan ALLAH SWT ke atas hamba-hamba - NYA. sama halnya dengan pelbagai maksiat yang dilakukan sebagai kesan daripada dosa dan pelbagai pelanggaran hukum ALLAH SWT. Semuanya sepadan dengan Kalimatullah, iaitu ketentuan ALLAH SWT dan hikmat jagat raya, dahulu, sekarang dan yang akan datang.

seksaan yang besar adalah untuk dosa-dosa besar dan seksaan yang ringan adalah untuk dosa-dosa besar dan seksaan yang ringan adalah untuk dosa-dosa yang ringan. begitu juga ALLAH SWT akan menghukum atau menyeksa hamba-NYA di alam barzakh dan di hari kiamat. inilah akibat bersahabat dengan syaitan. inilah juga akibat berada di rumah-rumah syaitan. tatkala syaitan menjadikan seorang hamba sebagai temannya dan apabila ia berjaya menguasainya, keberkatan umur, amal usaha dan rezekinya akan di cabut daripadanya. di saat manusia mengutamakan ketaatan terhadap syaitan, tercabutlah keberkatan daripadanya. begitu juga tempat syaitan di akhirat iaitu neraka jahim. di dalamnya tidak terdapat rahmat dan keberkatan sama sekali.

Saturday, July 11, 2009

agama bukan sahaja untuk diri tapi untuk semua.

sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH swt, bertemu lagi kita dalam blog kali ni. more islamic dan fokus unuk pemantapan hati. alhamdulilah, dalam persekitaran orang semakin lupa kepada ALLAH, ALLAH tetap izinkan kita merasai nikmat yang terlampau banyak. paling besar adalah nikmat nyawa kita. ALLAH izinkan kian untuk bernafas tiap masa. jantung bekerja keras untuk mengepam darah dan membekalkan oksigen. begitu juga nikmat pendengaran kita, nikmat penglihatan kita dan berbagai-bagai nikmat kurniaan ALLAH kepada hambanya walaupun hambanya sering lalai dan alpa dalam mengingati ALLAH. nikmat -nikmat itu semua adalah dari keizinan ALLAH yang maha penyayang buat hambanya. insyallah sahabat-sahabat yang di kasihi ALLAH, cuba kita renungkan apa akan jadi kepada kita sekiranya kita bukan penganut agama yang di bawa oleh nabi Muhammad SAW ini. mana arah tuju kita. mana pegangan kita. mana hati kita. mungkin hidup kita tanpa arah tujuan..dan apa akan jadi kepada kita bila di akhirat nanti...bayangkan kita hanya nampak nabi bersama dengan umat yang di beri syafaat lalu di depan kita dan menuju ke syurga yang kekal manakala kita bersedia pembalasan ALLAH akibat kedegilan kita untuk membenarkan kata-kata ALLAH. ya ALLAH, jauhkan semua ini dari diri kami..

sahabat-sahabatku, agama amat penting bukan sahaja dalam diri kita tapi diri setiap muslim dan non muslim..agama bukan sekadar untuk infradhi tapi perlu jam'iat. perlu untuk masyarat. itu yang nabi ajarkan kepada kita..tak kan kita nak beramal sendiri tetapi masyarakat di sekililing kita semakin hanyut dengan dunia yang menipu kita ini.semakin jauh untuk agama. semakin di lupakan solat dan amalan lain..setengah orang yang mengelar diri mereka cerdik agama hanya pandai bercakap tanpa ada perlaksanaan. bila diundang memberikan ceramah tentang agama, mereka meletakkan harga yang tinggi..ya ALLAH, apakah ini?agama di komersialkan. inilah antara masalah orang islam hari ini.

sahabat-sahabatku, agama yang nabi muhammad bawa ini adalah agama untuk seluruh alam. bermula di mekah dan madinah, kemudian berkembang ke seluruh semenanjung arab dan apabila nabi SAW wafat, sahabat-sahabat nabi SAW meneruskan dengan mengembangkan ke seluruh dunia dan kesannya hingga ke hari ini. ini menunjukan agama itu adalah untuk semua orang. bukan untuk nabi SAW sahaja. dalam konteks kita pada hari, kita perlu sentiasa berusaha untuk menyedarkan orang lain keyakinan terhadap agama. sentiasa sedarkan mereka tentang pahala dan dosa, syurga dan neraka, sejarah-sejarah tentang sahabat nabi..kita perlu sentiasa sedarkan merka dengan perkara beguti supaya hati-hati mereka menjadi lembut untuk agama dan seterusnya mempunyai keinginan untuk belajar dengan lebih mendalam tentang agama.

percayalah sahabat, sekiranya kita membantu agama ALLAH, ALLAH akan membantu kita dalam setiap perkara.bantulah sahabat kita yang masih mencari-cari untuk agama. sentiasa berjumpa dengan masyarakat dan ambil perhatian untuk mereka. tanamkan rasa kasih sayang dan kesian kepada mereka yang masih jauh dengan agama dan sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya hati kita dan mereka lembut untuk agama.insyallah..


cintai islam..

Saturday, July 4, 2009

masuk u dan tak dapat kolej

membe2 saya tak dapat kolej termasukla yang punye blog ni. waduh2 bikin gawat....hmm terpaksala dok masjid untuk sementara waktu. makan kat masjid, mandi kat masjid, pendek kate, semue bende buat kat masjid. nasib la saya da biasa dengan kehidupan kampus di masjid..sebab ni la yang saya mahukan.. banyakkan masa di masjid.....kesian tengok kawan2 yang lain...tai tak pe la..untuk sementera waktu je...dalam otak ni da pikir nak dok rumah sewe...semue setuju...

tapi sebenarnye ada hikmah bile terjadi keadaan seperti ni..time ni pengharapan hanya pada ALLAH selepas kita usaha dan tawakal..hmnm biasa la manusia, bila da susah baru nak ingat ALLAH, sayala tu..

register class pun belum settle lagi..yela result teruk..sangat2 teruk....tapi saya mengaku, bnyk salah yg saya lakukan.macam2 dose bro....tapi sebenarnya ada hikmah untk semua ni.. barulah s..hmm pelek saya insaf dgn agak series..pelek ayat ni kan...org kata..bila nak berjaya, tak boleh senang lenang dapat kejayaan tu..kene rasa yang pahit..baru lah kita akan belajar dari yang pahit untuk dapat yang manis...tapi len cerita plak bile ada org dah dapat pahit terus dengan pahit. tak ada hati untuk dapat yang manis..nauzubillah..

hmm jadikan semua ini sebagai satu pengajaran yang tak kan dapat di lupakan..

nikmat allah tu tak terkire....

tq

Wednesday, May 6, 2009

belajar agama bukan untuk menghukum.

temu lagi kita dalam ruangan blog saya. kali ini saya bukan hendak menceritakan mengenai diri saya tetapi kerisauan saya terhadap umat akhir zaman. kerisauan saya terhadap agama ALLAH. agama yang di bawa oleh nabi muhammad saw.agama sepanjang zaman hingga kiamat nanti. kerisauan ini yang membuatkan aku semakin takut. semakin takut untuk menghadapi dunia yang kian di jadikan sembahan oleh ramai manusia. kenapa saya cakap begini?.sebab umat islam sekarang lebih mementingkan dan mengejar dunia yang kian musnah dan tidak memikirkan nasib di akhirat. mereke lebih sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang melalaikan. bayangkan, kerja lebih penting dari solat, belajar lebih penting dari solat, cari duit lebih penting dari solat dan macam-macam perkara yang lebih penting dari solat. nauzubillah. di mana kita letakkan ALLAH Tuhan yang menciptakan kita?kenapa kita sombong kepada ALLAH sedangkan segala nikmat, segala kebahagiaan allah kurniakan kepada kita langsung tiada penghujungnya. tapi kita masih leka, lalai dalam mengingati allah. apa yang kita tahu, kejar kehidupan di dunia yang tak kekal mana pun. jika allah mengarahkan bumi ini terbalik, maka dalam sekelip mata bumi ini akan patuh pada allah dan akan melaksanakan suruhan allah. bumi yang besar ini pun patuh kepada allah, tapi kita yang kecil dan lemah ini terlalu sombong akan hukum allah. nauzubillah.

sahabat-sahabat yang saya sayangi, ingatlah sedang kita sibuk dengan dunia, dunia pula berlalu pergi. makin dekat dengan kehancuran. tapi kita, makin lupa yang kita ada tanggungjawab yang pelu kita laksakan. "amar maaruf nahi mungkar"..ajak orang ke arah kebaikan. ajak umat islam sentiasa berjemaah di masjid, ajak umat islam mencintai umat islam yang lain dan ajak ke arah usaha untuk mendapatkan redah allah dunia dan akhirat.itulah tanggungjawab yang perlu setiap orang yang mengaku "tiada tuhan selain allah dan nabi muhammad pesuruh allah" pikul dalam diri.ingatlah sahabat, hidupkan agama dalam diri kita, hidupkan amal yang nabi ajar dalam hidup kita, hidupkan amal para ulama dalam hidup kita, insyallah allah pasti bersama.

berbalik kepada title untuk blog saya kali ini. ada setengah orang yang sering menghukum orang lain. mereka menganggap yang mereka hebat. sedang kan nabi muhammad tidak pernah menyalahkan orang lain.tidak pernah mengutuk-ngutuk orang lain. tapi kita ni bila nampak orang tak pergi masjid kita kata mereka hina, mereka jahil, mereka jahat sedangkan perkara yang utama kita perlu buat ialah mengajak mereka ke arah kebaikan. doakan mereka. tapi tidak, kita salahkan mereka, caci mereka, dan macam-macam lagi yang kita lontarkan kepada mereka. adakah kita jamin yang kita ni di terima allah?
tidak bukan.
kita hanya hamba allah yang hina, sering leka, sering lupa dan macam-macam lagi. ingatlah, tiada manusia yang sempurna, seperti orang kata ada manusia buruk dan cantik, tapi bagi saya, manusia di jadikan allah tiada yang buruk cume berbeza. begitu juga dengan tahap iman kita, kita tak tahu iman orang lain macam mana, amal orang lain macam mana, keikhlasan mereka kepada allah macam mana, jangan kita suka-suka hendak menyalahkan orang lain. muhasabah diri kita, hebat ke kita ini, bagus ke kita ini, jangan jadi di akhirat nanti ada golongan yang banyak amal nya tapi bila di timbang, langsung tiada nilai di sisi allah. nauzubillah.

untuk itu, ingatlah, "Belajar agama bukan untuk menghukum orang sebaliknya menyiapkan diri untuk sahut arahan allah dan meninggalkan tegahan allah. sentiasa mengajak orang ke arah kebaikan..

ya allah, jauhkan aku dari fitnah dunia, dari fitanh dajjal, selamatkan umat akhir zaman in ya allah, kuatkan hati kami untuk menjadi pembantu agama mu..amin..

doakan saya, family dan kawan-kawan.

salam

Wednesday, April 29, 2009

Aku pegang jawatan YDP??

Sudah lama aku tak up date blog ni. rasa rindu dan macam-macam rasa. macam-macam terjadi dalam bulan mac dan april ni. macam-macam Allah uji aku. kekuatan iman yang ada sikit inilah yang membuat aku menginsafi diriku. tapi aku takut, iman kita ini makin tidak di jaga ia akan pergi meninggalkan kita. iman tinggi dan iman rendah. aku di uji dengan berbagai ujian. yang paling berat bagi aku ialah menjadi YDP Permas( nama persatuan aku di uitm johor)..aku sentiasa doa supaya aku tidak pegang jawatan tertinggi dalam permas. Tapi Allah lebih berkuasa dari sesiapa pun. kita merancang, allah juga merancang dan rancangan Allah lebih baik.lebih hebat. pandangan kita amat terbatas. dan perlu kita ingat pandangan Allah tidak terbatas kerana kita adalah milik NYA. aku menjadi serba salah yang teramat sangat. adakah ini dugaan yang akan membuat aku leka kepada Allah atau buat aku makin dekat pada allah. aku tak athu. sebab aku tak mahu aku menentukan hidup aku. akku tak mahu. sebab aku dah serahkan keseluruhan hidup aku pada ALLAH. aku hanya mampu ihktiar dan kemudian yang menentuakn adalah ALLAH. berbalik kepada jawatan YDP permas. aku tak tahu aku perlu buat. aku tak ada pengalaman. tapi aku yakin allah sentiasa dengan aku. sentiasa. aku tak boleh berfikir buruk kepada allah. aku harap apa yang aku buat sem depan(julai disember) adalh kerana ingin redha allah. bukan kerana mahukan nama. bila allah memberi jawatan ini kepada ku, aku rassa hati aku semakin hari semakin takut untuk buat salah. terlampau takut. aku akan terus kan usaha dakwah ku kepada kawan-kawan ku supaya mereka tidak menjadi seperti ku. aku tak mahu. dosa yang terpaksa kita tanggung amat menyakitkan. belum lagi siksa kubur sebelum menjelma siksa akhirat dan neraka. aku mahukan diri aku terus mberusaha mencaari redha allah dan berusaha untuk mencari ilmu allah. tapi aku perlu doa ada tidak leka.

doakan aku dan family serta muslimin dan muslimat....
selepas ini blog aku akan menghadapi revolusi blog..
lebih matang dan perbincangan lebih kepada islam dan terus menerus islam..

Tuesday, March 24, 2009

Rindu mak aku.

Hari ini aku betuk-betul rindu dengan mak aku. rindu sangat. kalau boleh hari ini gak aku nak balik, nak peluk-peluk mak aku (ala..macam kecik-kecik dulu). dulu kecik-kecik selalu kene cium dengan mak aku.. (busuk pun busuk la, anak mak aku, peduli apa..hehe.. pagi tadi mak aku call aku. lagilah tambah rindu. terlampau rindu..sekarang ini hidup aku tenang sangat. dulu aku selalu kene bising dengan mak aku(ye la, budak jahat...siapa tak marah.) tapi ada something yang aku lepaskan semata-mata untuk mencari restu mak aku.. ( keredhaan allah terletak pada keredhaan mak ayah ) alhamdulillah, start hari itu, hidup aku tenang balik. mak aku restu apa sahaja yang aku buat.aku terlampau sayang mak aku. terlamapau sayang. semua orang sayang mak kan...

dulu time kecik-kecik dan besar-besar (ala aku dulu status je kecik tapi badan besar), aku selalu kene gatal-gatal.aku pun tak tau alergi apa. nak kata makanan, aku makan apa sahaja makanan yang ada, tapi tak kene gatal.mak aku cakap, mungkin aku alergy ada rumput. hmm nak ceritanya, bila aku kene gatal-gatal ni, mak aku lah orang yang atk tidur malam dok jaga aku.( nak menangis aku bila terkenang kembali). mak aku sapukan ubat, letak garam, panaskan ada daun tu. aku pun tak tau daun apa. mak aku bawak jumpa doktor. baiknya mak aku. anak sakit, mak jaga. tapi bila mak aku sakit, aku dulu nak tak nak urut mak aku. tapi sekarang hidup aku untuk kebahagiaan mak aku. aku nak amal-amal aku dapat tolong mak aku kat akhirat nanti. inilah yang mampu aku bayar.. tapi masih tidak mencukupi untuk aku membalas jasa dan pengorbanan mak aku kat diri aku..

ada sekali tu, selepas family aku balik dari shoping, baru je bukak gate, dalam kereta lagi mak aku mengadu mak aku sakit kepala, tak boleh bangun. aku cepat-cepat angkat mak aku bawak masuk rumah. nak menangis aku. dalam pukul 12 malam mak aku suruh aku pergi panggilkan ada mak cik yang pandai. dan aku apa lagi, dengan jiwa yang sudah super hero ini, aku ambil kunci kereta kakak aku dan terus panggil mak cik tu.. fuh lege.. alhamdulillah selepas urut kepala mak aku, mak aku kembali ok. aku rasa takut sangat (eleh time mak aku kene urut tu aku boleh plak tengok bola man united lawan.heheh)..

itulah mak. susah payah mak kita tak kan boleh kita balas. tak percaya? jadilah mak atau ayah dan rasalah sendiri. nak simpulkan kat sini, apa yang mak kita cakap kita jangan bantah walaupun sepatah ayat pun. jangan sama sekali. kalau bantah gak, rasalah balasan yang allah bagi. jagalah mak kita selagi hayat mak kita. jangan menyesal satu hari nanti bila mak kita pergi menghadap ilahi dalam keadaan mak kita marah kat kita, susah kita. untuk itu, selalulah menghubungi mak kita sekiranya kita jauh dari mak kita, mintak maaf setiap hari, doakan mak ayah kita, mintak restu mak kita. insyallah hidup kita akan tenang.

~mn azam~
doakan saya, family dan kawan-kawan saya.

Wednesday, March 18, 2009

Assignment.

Submit assignment hari ni?!. saya betul-betul terkejut. saya ingatkan assignment encik Abdul razak hantar minggu depan. ( ya allah, adakah ini ujian daripada KAU? Bantulah aku Ya Allah, aku tak sengaja tidak siapkan assignment. aku betul-betul ingat minggu depan submit assignment ).

Bayangkan untuk assignment ni saya betul-betul nak siapkan dengan sungguh-sungguh. saya nak study soalan tu dan siapkan dengan berkualiti. Markah tinggi tak jadi impian utama saya tapi kualiti kerja yang bagus saya harapkan. semangat saya hancur (saya jenis orang yang senang jatuh semangat). saya dah tak boleh berfikir. ( ya allah, aku tak sengaja ya allah, aku hamba yang teruk ya allah, assignment pun aku boleh salah tarikh hantarnya, ya allah, mungkin semua yang jadi adalah di sebabkan dosa aku. ampunkan aku ya allah.) saya berdoa tanpa henti-henti.

saya nak assignment yang saya buat hasil dari usaha saya yang sungguh-sungguh. lepas habis kelas encik razak, saya terus pergi ke bilik bear (nama sebenar ialah Hafiz ) untuk mengambil pen drive fuad. dan bila di bilik saya berfikir adakah aku perlu copy dan tukar nama aku atau aku edit sikit. ( aku ingin menjadi orang yang beriman, orang yang beriman sentiasa percaya yang allah sentiasa memerhatikan apa sahaja yang di lakukan), saya mengambil keputusan........untuk tidak teruskan.. biar saya hilang markah dari saya dapat markah dalam keadaan ALLAH tidak meredhai apa yang saya lakukan dan paling penting bukan atas usaha saya. biar orang kata saya tah pape. tapi saya tahu apa yang saya impikan dalam hidup saya.

esok ada test untuk subject encik razak. saya dan janji saya akan tebus balik silap saya.

saya tak mahu menjadi orang yang sentiasa gagal dan membiarkan diri terus gagal.

Ya allah, aku mahu terus membantu agama mu, bantulah aku ya allah, dengan ada ilmu yang cukup inilah akan membuatkan orang sentiasa menerima dakwah ku kepada mereka. insyallah. jangan biarkan hati ku tewas dengan syaitan dan nafsu...aku tak mahu ya allah.

ya allah bantu dan permudahkan aku untuk belajar. ampunkan dosa aku ya allah.

saya harap, perkara yang terjadi hari ini akan saya jadikan penagajaran. insyallah.

~azam mn~

Sunday, March 15, 2009

Mencari kejayaan yang kekal dan hakiki.

Ramai orang nak berjaya di dunia dan juga di akhirat. Begitu juga saya. Macam-macam yang di angankan. nak kereta besar, rumah besar, duit besar ( not Seratus ringgit), cincin besar dan isteri tak berapa besar dan tak berapa kecil. ( kecil-kecil cili api). Untuk berjaya perlu pengorbanan. Dari segi masa, umur dan macam-macam lagi perkara yang kita perlu korbankan.

bagi saya kejayaan yang hakiki ialah kejayaan syurga yang kekal abadi. Dalam Islam tidak salah kita mengejar kejayaan di dunia . kejayaan di dunia menjadi bermakna apabila kita menjadikan kejayaan tersebut untuk kita mengejar kejayaan di syurga yang sudah pasti kita tahu apabila di syurga tiada kesusahan yang kita akan hadapi, tiada kemiskinan yang kite perolehi dan kita sentiasa dalam keadaan bahagia.

Kadang-kadang saya cukup pelik apabila melihat sesetengah orang ( bukan pembaca blog saya), sibuk mengejar kesenangan di dunia yang mereka sudah pasti tahu yang kesenangan di dunia ini hanyalah sementara. Mereka lupe akan amanah yang mereka perlu jalankan. antaranya solat lima waktu dan amalan-amalan lain. Cuba kita bayangkan, ada orang yang sudah bekerja, bangun dari tidur terus siap-siap ke tempat kerja, balik dari kerja pukul 5 petang. Makan malam dan tonton televisyen dan terus tidur. Keadaan ini berlaku hampir tiap hari kecuali hari minggu. Hari minggu time untuk kebanyakan orang yang bekerja membalas dendam waktu tidur mereka yang banyak di ganggu. ( Hmmmm, ramai orang macam ni).

Sekiranya berlaku begini, waktu bila solat kita, waktu bila baca al quran kita, waktu bila amal-amal lain kita. Tapi dalam masa yang sama kita nak berjaya. nak kumpul duit banyak-banyak dan macam-macam lagi yang kita nak. Tapi kita tak sedar kejayaan kita di tentukan oleh pencipta kita, ALLAH SWT. kita hanya boleh merancang tapi kita tak boleh tentukan. Tapi kebanyakan orang sudah jauh dari mengingati ALLAH. (Sesetengah orang je). Mereka lebih mengharap orang lain dari mengharap kepada ALLAH. Masyallah.

Untuk mendapat kejayaan yang hakiki, bermula hari ini kita perlulah memupuk rasa cinta pada akhirat. Rasulullah SAW bersabda, " Dunia ini sedang berlalu pergi dan akhirat sedang menghampiri"

Memang benar. Perasan atau tidak masa semakin hari semakin pantas. contohnya, hari ini hari isnin, tup-tup dah masuk hari selasa dan seterusnya dah masuk minggu kedua dan seterusnya. umur kita pula makin hari makin meningkat. Tahu-tahu dah tua. Amal plak kurang.Adush.

Dunia in adalah tempat kita mengumpul seberapa banyak bekalan. Macam-macam. semua yang kiat buat asalkan tidak bercanggah dengan al quran dan sunnah di anggap ibadah. Apa sahaja yang kita buat kita perlu niat kan kita ingin mencari keredhaan ALLAH. Dan apabila bekalan kita semakin banyak ( kita tak tahu di terima atau tak yang penting lakukan dengan istiqamah), insyallah kejayaan syurga menanti kita.

kita adalah ibarat seorang musafir. Kita rehat di suatu tempat dengan izin pemilik.Pemilik tempat itu pula izinkan kita berbuat apa sahaja di tempat itu yang bermanfaat untuk kita dan orang lain. Tapi di ingatkan oleh pemilk tempat itu, satu hari nanti akan di ambil kembali apa sahaja yang kita telah usahakan. Begitulah kita. Dunia yang kita duduki ini hanyalah sementara. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik dan ambil kepunyaan ALLAH kembali termasuk kita. ALLAH menyuruh kita beriman kepada NYA. Orang beriman kepada ALLAH akan mendapat kejayaan dunia dan kejayaan yang kekal abadi di syurga. Dunia melekakan kita. Kita perlulah sentiasa berdoa supaya kita tidak menjadi hamba kepada dunia. Tapi kita tidak boleh meninggalkan dunia semata-mata. Yahya bin Muaz berkata, " aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia tetapi aku memerintahkan mu supaya meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah lebih penting daripada sebuah keutamaan( yang sifatnya tidak wajib)."

untuk itu perkara yang paling penting untuk kita lakukan sekarang adalah tidak melakukan dosa. Atas sebab dosa, ia akan menghalang kita dari memperoleh kejayaan di akhirat yang kekal abadi. Sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya kita di jauhkan dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar. dan selalulah kita berdoa supaya kita sentiasa di masukkan ke dalam syurga dan di jauhkan api neraka. ( ya allah, sesungguhnya aku memohon syurga MU dan segala kenikmatannya dan juga sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. dan aku berlindung dengan MU daripada neraka dan sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad.. AMIN..)

Hmm

Itulah kejayaan yang hakiki yang saya maksudkan. Bukan kajayaan apabila dapat duit banyak, dapat pakai kereta banyak dan macam-macam. tapi kejayaan sebenar adalah apabila kita dapat memasuki syurga di akhirat nanti dan bertemu pencipta kita. (ya allah aku ingin bertemu dengan MU ).

same-same kita kejar kejayaan di akhirat. " Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kejayaan di akhirat."

Wallahualam.

doakan saya, family, kawan-kawan dan semua muslimin dan muslimat mendapat kejayaan dunia akhirat.
insyallah.

~azam mn~

Wednesday, March 4, 2009

Mak kata jangan buat, kita jangan buat.

Salam.
Sudah lama saya tidak "menyentuh" blog saya ini. Rasa rindu pula.Tidak silap saya sebulan yang lepas saya mula buat blog dan sampai tarikh itu sahaja saya update blog saya. Bukannya sibuk mana pun saya ni. Saja menyibukkan diri. Alhamdulillah, pagi ini saya di beri peluang untuk meng"update" blog saya. Mintak maaf kepada pembaca sekiranya blog saya tidak menarik dan layout yang agak boring. Saya pernah terbaca dalam satu majalah ( tidak berapa nak ingat tajuk majalah tu), dalam satu ruangan dalam majalah itu ada ruangan tentang ilmuan-ilmuan zaman ini. Saya mengambil sepotong ayat dari ruangan tersebut. " Kita janganlah melihat atau menilai siapa yang menyampaikan sesuatu (ceramahke, kuliahke) tapi kita mestilah menilai atau mendengar apa yang di sampaikannya". Jelaskan di sini. Yang paling penting di blog saya ini ialah apa yang ingin saya sampaikan. Layout yang menarik adalah sakadar pelengkap kepada blog saya

Bercerita pasal semalam, selepas solat maghrib di masjid, seperti biasa, sementara menunggu kuliah maghrib,saya bercerita dengan kawan-kawan. Macam-macam cerita. Bercerita pasal masalah-masalah yang di hadapi( termasuk masalah lelaki..hmm), masalal belajar dan mengenai perempuan. (perempuan?). Sedang-sedang bercerita saya, kawan saya Amir meminta saya membantunya membuat air untuk penceramah.Katanya, "mesti siap sebelum Isyak, nanti kelam kabut". Amir time tu tergesa-gesa hendak ke kelas( kelas malam). Saya pun terus bangun dan mencari jug air. Tiba-tiba tergerak hati saya untuk keluar masjid. Tibe di tangga masjid, saya di sapa oleh pensyarah saya, ( saya belajar dalam jurusan diploma Pengurusan Maklumat di UITM Johor Kampus Segamat) Encik Al Bakri.Encik Bakri ni bagus orangnya. Sentiasa berjemaah di masjid. Encik Bakri juga bakal menyambung pengajiannya ( PHd) InsyaALLAH di UKM (Universiti Kebangasaan Malaysia). Kalau tidak silap sayalah. Hmm berbalik kepada cerita terserempak dengan Encik Bakri tadi, beliau menyapa saya. Saya ni seorang pemalu tak kena tempat. Bukan saya sombong tapi itulah diri saya. Segan nak tegur orang atau sapa orang ( insyaallah saya akan buang sifat yang tak kena tempat ni jauh-jauh). Bukan kita di larang untuk punyai sikap malu atau segan. Itu adalah sifat yang di tuntut dalam Islam. Kita di tuntut untuk punyai sifat malu ini apabila melihat maksiat berlaku depan mata. Malu hendak membuat dosa kepada ALLAH SWT. Tapi dalam situasi saya ini, saya malu bukan pada tempatnya. Tak elok macam tu.

Berbaik kepada cerita Saya dan Encik Bakri, beliau mengajak saya makan-makan di gerai Ibu.( Ibu di ambil daripada gelaran tuan punya gerai). Gerainya juga berdekatan dengan masjid dan kolej saya. Jadi tidak ada masalahlah bagi saya atau Encik Bakri makan di situ. Bila masuk waktu Isyak terus pergi masjid.

Banyak yang kami borakkan. Yang paling penting adalah tentang masalah yang saya hadapi sekarang.(kurang minat terhadap kursus yang saya belajar sekarang). Macam-macam Encik Bakri menasihatkan saya. Beliau tanya ayah saya kerja apa, macam mana belajar saya dan macam-macam lagi.

Hebat Encik Bakri dalam memberi nasihat. Saya memberitahu beliau bahawa impian saya adalah untuk membuka Kedai Roti. (saya minat makan pelbagai jenis roti. Keinginan untuk membuka perniagaan Roti muncul apabila saya membeli roti di salah satu kedai roti di Pelabuhan Klang. Nampak menarik). Encik Bakri menyarankan saya perlu berusaha dari saat kami berbincang untuk membuka satu kedai roti. Beliau juga menyarankan saya untuk membuat satu blog berkaitan roti dan semua jenis roti (Tunggu dan lihat). Bagus cadangan Encik Bakri. Saya harap saya dapat merialisasikan impian saya.

Dalam perbincangan saya dan Encik Bakri, beliau menyelitkan " Apa yang kita buat, apa yang kita usahakan, selepas itu mestilah berdoa kepada ALLAH."Hmm betul tu. Selalunya kita ni lebih doa dari usaha ( saya la tu). Kadang-kadang rasa menyesal di hati bila keadaan saya macam ni. Ye la, Nak berjaya dunia akhirat tapi tak mahu usaha lebih. Cakap saja pandai tapi buat ala kadar je. Orang yang hendak berjaya melakukan satu perkara tu melebihi apa yang di hajati. Tidak pernah kenal erti putus asa. Lagi-lagi apabila seorang muslim yang hebat dari segi usaha untuk berjaya dan juga hebat beribadah kepada ALLAH ( Ya ALLAH masukkan aku dalam golongan begini). Kejayan tidak pernah datang bergolek, melompat, merangkak dan macam-macam gaya. Tapi kejayaan hidup akan datang apabila kita FIKIR, KITA LAKUKAN, KITA USAHA, KITA DOA dan KITA TAWAKAL. Itu adalah formula terbaik untuk kita berjaya.

Macam-macam lagi yang kami bincangkan. Allah telah pertemukan saya dengan seorang yang berwawasan jauh. Alhamdulillah. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan, yang tentukan kejayaan dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Betul kata mak kita time kita kecil-kecil dulu.Mak kata " Jangan main hujan nanti demam". Tapi apa yang mak larang tu la yang kita buat dan betul kata mak. tak lama lepas kita main hujan kita demam. dan mak kitalah yang jaga kita siang malam tak kenal erti benci dan marah. Itula mak. Inilah yang saya tekankan tadi (kejayaan hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri). Mak, ayah, kakak abang atau kawan-kawan kita sekalipun mereka tidak mampu mengubah diri kita. Mereka hanyalah sekadar pemberi nasihat dan yang mengubah dri kita adalah KITA, KITA dan KITA.

Insyallah, doakan kejayaan saya dunia akhirat. Juga doakan kawan-kawan saya.
kita berjumpa lagi di lain tajuk..

~azam mn~