Sunday, March 15, 2009

Mencari kejayaan yang kekal dan hakiki.

Ramai orang nak berjaya di dunia dan juga di akhirat. Begitu juga saya. Macam-macam yang di angankan. nak kereta besar, rumah besar, duit besar ( not Seratus ringgit), cincin besar dan isteri tak berapa besar dan tak berapa kecil. ( kecil-kecil cili api). Untuk berjaya perlu pengorbanan. Dari segi masa, umur dan macam-macam lagi perkara yang kita perlu korbankan.

bagi saya kejayaan yang hakiki ialah kejayaan syurga yang kekal abadi. Dalam Islam tidak salah kita mengejar kejayaan di dunia . kejayaan di dunia menjadi bermakna apabila kita menjadikan kejayaan tersebut untuk kita mengejar kejayaan di syurga yang sudah pasti kita tahu apabila di syurga tiada kesusahan yang kita akan hadapi, tiada kemiskinan yang kite perolehi dan kita sentiasa dalam keadaan bahagia.

Kadang-kadang saya cukup pelik apabila melihat sesetengah orang ( bukan pembaca blog saya), sibuk mengejar kesenangan di dunia yang mereka sudah pasti tahu yang kesenangan di dunia ini hanyalah sementara. Mereka lupe akan amanah yang mereka perlu jalankan. antaranya solat lima waktu dan amalan-amalan lain. Cuba kita bayangkan, ada orang yang sudah bekerja, bangun dari tidur terus siap-siap ke tempat kerja, balik dari kerja pukul 5 petang. Makan malam dan tonton televisyen dan terus tidur. Keadaan ini berlaku hampir tiap hari kecuali hari minggu. Hari minggu time untuk kebanyakan orang yang bekerja membalas dendam waktu tidur mereka yang banyak di ganggu. ( Hmmmm, ramai orang macam ni).

Sekiranya berlaku begini, waktu bila solat kita, waktu bila baca al quran kita, waktu bila amal-amal lain kita. Tapi dalam masa yang sama kita nak berjaya. nak kumpul duit banyak-banyak dan macam-macam lagi yang kita nak. Tapi kita tak sedar kejayaan kita di tentukan oleh pencipta kita, ALLAH SWT. kita hanya boleh merancang tapi kita tak boleh tentukan. Tapi kebanyakan orang sudah jauh dari mengingati ALLAH. (Sesetengah orang je). Mereka lebih mengharap orang lain dari mengharap kepada ALLAH. Masyallah.

Untuk mendapat kejayaan yang hakiki, bermula hari ini kita perlulah memupuk rasa cinta pada akhirat. Rasulullah SAW bersabda, " Dunia ini sedang berlalu pergi dan akhirat sedang menghampiri"

Memang benar. Perasan atau tidak masa semakin hari semakin pantas. contohnya, hari ini hari isnin, tup-tup dah masuk hari selasa dan seterusnya dah masuk minggu kedua dan seterusnya. umur kita pula makin hari makin meningkat. Tahu-tahu dah tua. Amal plak kurang.Adush.

Dunia in adalah tempat kita mengumpul seberapa banyak bekalan. Macam-macam. semua yang kiat buat asalkan tidak bercanggah dengan al quran dan sunnah di anggap ibadah. Apa sahaja yang kita buat kita perlu niat kan kita ingin mencari keredhaan ALLAH. Dan apabila bekalan kita semakin banyak ( kita tak tahu di terima atau tak yang penting lakukan dengan istiqamah), insyallah kejayaan syurga menanti kita.

kita adalah ibarat seorang musafir. Kita rehat di suatu tempat dengan izin pemilik.Pemilik tempat itu pula izinkan kita berbuat apa sahaja di tempat itu yang bermanfaat untuk kita dan orang lain. Tapi di ingatkan oleh pemilk tempat itu, satu hari nanti akan di ambil kembali apa sahaja yang kita telah usahakan. Begitulah kita. Dunia yang kita duduki ini hanyalah sementara. Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik dan ambil kepunyaan ALLAH kembali termasuk kita. ALLAH menyuruh kita beriman kepada NYA. Orang beriman kepada ALLAH akan mendapat kejayaan dunia dan kejayaan yang kekal abadi di syurga. Dunia melekakan kita. Kita perlulah sentiasa berdoa supaya kita tidak menjadi hamba kepada dunia. Tapi kita tidak boleh meninggalkan dunia semata-mata. Yahya bin Muaz berkata, " aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia tetapi aku memerintahkan mu supaya meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah lebih penting daripada sebuah keutamaan( yang sifatnya tidak wajib)."

untuk itu perkara yang paling penting untuk kita lakukan sekarang adalah tidak melakukan dosa. Atas sebab dosa, ia akan menghalang kita dari memperoleh kejayaan di akhirat yang kekal abadi. Sentiasa berdoa kepada ALLAH supaya kita di jauhkan dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar. dan selalulah kita berdoa supaya kita sentiasa di masukkan ke dalam syurga dan di jauhkan api neraka. ( ya allah, sesungguhnya aku memohon syurga MU dan segala kenikmatannya dan juga sesuatu yang dapat mendekatkan kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad. dan aku berlindung dengan MU daripada neraka dan sesuatu yang boleh mendekatkan diri kepadanya, daripada pengucapan, perbuatan, amalan, niat dan iktikad.. AMIN..)

Hmm

Itulah kejayaan yang hakiki yang saya maksudkan. Bukan kajayaan apabila dapat duit banyak, dapat pakai kereta banyak dan macam-macam. tapi kejayaan sebenar adalah apabila kita dapat memasuki syurga di akhirat nanti dan bertemu pencipta kita. (ya allah aku ingin bertemu dengan MU ).

same-same kita kejar kejayaan di akhirat. " Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kejayaan di akhirat."

Wallahualam.

doakan saya, family, kawan-kawan dan semua muslimin dan muslimat mendapat kejayaan dunia akhirat.
insyallah.

~azam mn~

No comments:

Post a Comment