Dulu mak sanggup dukung kita sembil naik basikal hantar kakak ke tabika..dua orang duduk belakang dan aku mak dukung. susah sebenarnya tapi itu lah jiwa seorang mak. tapi bila dah besar aku banyak susahkan mak.tapi itu sebelum aku berubah.kali ini mak penting dalam hidup aku.
Wednesday, July 15, 2009
Kesan dosa terhadap bentuk rupa dan jasad.
kali ni saya menyentuh soal dosa pula. Imam at- tirmidzi meriwatkan dalam kitab Jami'-nya mengenai kesan dosa terhadap bentuk rupa dan jasad manusia berdasarkan pada hadis yang di riwayatkan oleh Al- Bukhari. Hadis ini bermaksud jika bumi bersih daripada dosa dan maksiat, ALLAH SWT akan mendatangkan pelbagai keberkatan yang selama ini terhapus di sebabkan dosa dan kekufuran. tidak syak lagi bahawa kesan negatif seksaan atau balasan, pada yang di turunkan ALLAH SWT di bumi ini akan kekal dan akan tetap berlaku berlaku di bumi ini. balasan dan seksaan ini sesuai dengan keadaan pelbagai dosa yang di lakukan manusia yang merupakan kesan-kesan dosa dan pelanggaran hamba, yang pada hakikatnya adalah antara kesan bukti dan seksaan ALLAH swt ke atas umat. kesan-kesan yang terdapat di bumi adalah antara kesan dan bukti seksaan ALLAH SWT ke atas hamba-hamba - NYA. sama halnya dengan pelbagai maksiat yang dilakukan sebagai kesan daripada dosa dan pelbagai pelanggaran hukum ALLAH SWT. Semuanya sepadan dengan Kalimatullah, iaitu ketentuan ALLAH SWT dan hikmat jagat raya, dahulu, sekarang dan yang akan datang.
seksaan yang besar adalah untuk dosa-dosa besar dan seksaan yang ringan adalah untuk dosa-dosa besar dan seksaan yang ringan adalah untuk dosa-dosa yang ringan. begitu juga ALLAH SWT akan menghukum atau menyeksa hamba-NYA di alam barzakh dan di hari kiamat. inilah akibat bersahabat dengan syaitan. inilah juga akibat berada di rumah-rumah syaitan. tatkala syaitan menjadikan seorang hamba sebagai temannya dan apabila ia berjaya menguasainya, keberkatan umur, amal usaha dan rezekinya akan di cabut daripadanya. di saat manusia mengutamakan ketaatan terhadap syaitan, tercabutlah keberkatan daripadanya. begitu juga tempat syaitan di akhirat iaitu neraka jahim. di dalamnya tidak terdapat rahmat dan keberkatan sama sekali.

Subscribe to:
Posts (Atom)