Kali ini saya ingin berkongsi keinginan dan impian yang saya angan-angankan hampir setiap hari, iaitu ingin menjadi bos. Menjadi bos untuk bisnes-bisnes yang saya impikan. Bisnes yang mampu membawa kejayaan untuk Ummah. Saya sudah mula berangan-angan untuk jadi bos sejak kecil lagi. Ramai di luar sana ingin jadi bos. Ya kan?
Untuk jadi bos, hasil dari pengamatan dan kajian saya, bukan senang nak jadi bos. Lagi-lagi bos yang istiqamah untuk menjayakan Ummah. Bos yang mampu mencegah mungkar dan menyuruh yang maaruf. Bos yang adil. Bos yang bertoleransi. Bijaksana..Bos yang selalu dan tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid. Bos yang berfikiran jauh..Payah nak jadi bos macam ni. Tapi perlu di ingat, pengalaman yang akan di lalui untuk menjadi bos akan membuatkan sifat-sifat di atas akan masuk dalam diri kita. Percayalah.. Yang penting kita jangan mengalah dan jangan lupa kita ada ALLAH..Doa banyak-banyak kepada ALLAH semoga kita akan jadi bos yang ALLAH sayang..
Inilah impian saya satu hari nanti..kerana bila jadi bos saya ingin sangat mengajak staf-staf saya mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kerja. Kerana saya yakin , apabila kita serapkan nilai-nilai Islam dalam kerja, kesannya, akan menguntungkan bisnes kita dan objektif untuk menjayakan Ummah boleh tercapai . Bisnes berjaya, kita dan satf - staf kita secara automatiknya, mempromosikan Islam di mata orang bukan Islam..
Inilah tugas kita di atas muka bumi ini..sejak kita dilahirkan lagi kita telah memikul satu amanah iaitu mempromosikan Islam di seluruh dunia..di setiap lapangan kerja kita. di setiap apa yang kiat lakukan..semuanya perlu ke arah Islam. dan nak jadi bos pun mesti tujuan kita jadi bos untuk mempromosikan Islam. Sebab semua ini akan jadi saksi kita di hadapan ALLAH yang kita ada buat kerja-kerja yang ALLAH amanahkan ..
InsyALLAH.. sama-sama kita start hari ini, kita pasang impian untuk jadi bos yang hebat untuk AGAMA ISLAM..Bos yang beriman..yang ALLAH sayang..
DOA banyak-banyak dan jangan tinggal solat lima waktu..
saya akan terus berusaha dengan angan-angan saya sehingga tercapai dengan izin ALLAH..
jumpa lagi..