Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN SAYA DAN SEMUA YANG KENAL SAYA. MAAFKAN KESALAHAN YANG SAYA LAKUKAN.

Jadilah lelaki yang soleh dari sibuk cari wanita solehah..

Betul kata mak, "kalau nak anak orang kenela jadi baik dulu, ada duit dan cukup segalanya..agama pun kene mantap dan num one yang perlu di jaga, barulah boleh ajar isteri dan anak-anak..".antara kata mak yang cukup power..

Lelaki bila di tanya apakah ciri-ciri wanita yang di idam-idamkan, ramai yang menjawab, bertudung, tak pakai ketat-ketat, sopan, pandai masak dan macam-macam ciri-ciri yang baik-baik. kadang-kadang keinginan mereka tanpa mereka sedar, layakkah mereka mendapat wanita seperti yang mereka inginkan..? tepuk dada tanya iman. saya bercakap tentang diri saya yang masih jauh untuk menjadi lelaki baik tetapi bagi saya, dari mencari wanita solehah, lebih baik kita sendiri berusaha menjadi lelaki soleh. sedar tak sedar banyak kekurangan yang ada pada kita sebagai lelaki. dan bagi wanita, ,mereka mahukan lelaki yang akan mereka kahwini mempunyai ciri-ciri yang mantap untuk membimbing satu bahtera bergelar perkahwinan.

kepada wanita, fikirkan betul-betul bakal suami anda. kerana anda inginkan satu perkahwinan yang kekal dan bahagia. bagi lelaki pula, syabas dan tahniah sekiranya anda mempunyai kesedaran untuk menjadi lelaki yang soleh dan bertanggungjawab.

kepada lelaki yang mengaku lelaki, untuk menjadi lelaki yang baik dan hebat dan paling penting lelaki yang soleh, perkara yang perlu di utamakan dan di pandang serius ialah SOLAT. Solat yang di lakukan dengan penuh rasa iman dan ikhlas untuk sujud pada ALLAH SWT akan memberi impak yang besar kepada hati kita. lagi-lagi di lakukan secara berjemaah.. tetapi solat yang di lakukan seperti super hero the flash tidak akan memberi kesan apa-apa kepada hati kita. percayalah wahai kaum lelaki, kita akan mempraktikkan apa yang kita lakukan dalam solat di luar solat kita. contoh, kita berniat solat kerana ALLAH dan bukan kerana makhluk, jadi apabila di luar solat nita kerana ALLAh tetap di utamakan sekiranya kita ingin melakukan sesuatu perkara.dalam solat ada doa dan bila di luar solat, tak kiralah kita dalam keadaan bahagia atau susah, kita akan berdoa kepada ALLAH.

kadang-kadang ramai lelaki yang mahukan isteri yang tidak tinggal solat, tetapi diri sendiri masih kalah untuk bangun solat subuh, masih lemah untuk gerakkan kaki melangkah ke masjid. solat mereka pandang ringan. kata meraka, lepas kahwin baru berubah. ini silap. ini adalah satu kezaliman yang di lakukan kepada wanita yang akan di kahwininya. lelaki adalah pemimpin untuk wanita. tanggungjawab lelaki kepada wanita yang di kahwininya amat besar. minta maaf kepada kaum wanita sekiranya ada lelaki yang kahwini seorang wanita kerana nafsu lelaki.

berbalik kepada lelaki, marilah kita sama-sama berusaha menjadi lelaki yang hebat dalam semua perkara terutama agama kita yang merangkumi pelbagai perkara yang perlu dilakukan untuk memenuhi tuntutan sebagai seorang muslim. Biar kita menjadi lelaki soleh dari mencari wanita solehah tapi dalam masa yang sama kita lemah dari semua aspek.

insyallah...

Wednesday, September 16, 2009

Rindunya akan ahli ibadah.

Saya tersentuh pagi tadi selepas solat subuh di masjid, apabila Prof Kamil memberi sedikit tazkirah kepada jemaah subuh pagi tadi. Tersentuh hati saya apabila prof mengatakan semester ini adalah semester terakhir prof menjadi pengarah di UITM Segamat. Macam-macam perubahan yang dengan izin ALLAH beliau lakukan. Terutama mengenai jemaah di masjid. Sepanjang beliau menjadi pengarah, pelbagai usaha di lakukan untuk menarik pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk berjemaah di masjid.

Hampir setiap awal pagi saya pasti akan lihat prof Qiamulail dan kemudian membaca al Quran. Itulah usaha seorang yang mahukan perubahan agama dalam dirinya. Sentiasa istiqamah berjemaah di masjid walaupun beliau sibuk dengan urusan kerja dan urusan luar. Bagi saya prof adalah seorang ahli ibadah. Rasa sayu sangat apabila memikirkan orang sentiasa berusaha menjaga agama pergi meninggalkan kita.

Saya doakan akan ramai lagi orang seperti prof dapat saya jumpa dan saya doakan hati saya terus menerus memelihara islam..

Monday, September 14, 2009

Kiamat sudah hampir...

Blog kali ini bercerita mengenai hari kiamat..


" Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”

Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..

Monday, September 7, 2009

Separuh ramadhan.

Alhamdulillah, sudah 16 hari umat islam di dunia menjalani ibadah puasa. Tetapi dalam seronoknya menjalani ibadah puasa ini, saya terfikir adakah puasa saya kali ini diterima ALLAH atau tidak? Adakah amal-amal yang lakukan dalam bulan Ramadan ini di terima? Saya berfikir sejenak. Banyak perkara yang sia-sia saya lakukan dalam bulan ini. Rasa hina dan berdosa sangat. Sebelum ramadhan saya berniat hendak melakukan macam-macam ibadah. Kerana inilah peluang terbaik saya untuk mencari redha ALLAH dan kekuatan untuk menghadapi masa yang akan datang..

Dalam ramadan kali, Alhamdulillah usaha saya untuk menghafal sebanyak mungkin ayat AL Quran dapat di teruskan. cuma selepas ini saya perlu meminta tolong ustaz-ustaz yang arif dan mahir mengenai Al Quran untuk mendengar hafalan saya. Seronok rasanya menghafal dan terus menghafal ayat suci al Quran. Inilah yang saya ingin-inginkan. mempelajari AL Quran dan mengamalkannya. Saya nekad, selepasa belajar di Uitm ini, saya ingin meneruskan pengajian sya dalam AL Quran dan tafsir. Tidak mengapa sekiranya saya bermula dari bawah. Asalkan ilmu al quran saya dapat pelajari dan mengamalkan perintah-perintah ALLAH yang terkandung dalam Al Quran.

Masih ada beberapa hari lagi kita dapat menjalani ibadah puasa. Hanya beberapa hari. Saya berdoa semoga ALLAH memberi saya kekuatan untuk beramal dalam bulan ini.

Perkara yang pertama yang perlu saya ubah dalam diri saya ialah menahan marah dan bersabar. Inilah kelemahan yang ketara dalam diri saya.

Saya terbaca satu buku dan saya terpandang pada hadis nabi mengenai marah. Sahabat nabi yang bernama Abu Darda' pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepada ku satu amalan yang akan membawaku ke syurga." Nabi menjawab, "Janganlah engkau marah!."Hadis ini di laporkan oleh Imam Thabrani dan Abid Dunya dengan sanad yang baik.

Ini menunjukkan sikap marah perlu kita elakkan dalam diri. Mungkin tanpa kita sedar ketika kita sedang marah, kita menyakitkan hati kawan-kawan. Maafkan saya kawan-kawan yang pernah saya marah dan sakitkan hati.

Insyallah saya akan terus usaha untuk elakkan marah dan bersikap sabar dalam semua keadaan. dan saya akan terus study dan study..

Selamat berpuasa dan doakan kesejahteraan umat Islam.

Friday, September 4, 2009

Marah di Bulan Puasa.

Ramadhan kali banyak mengajar saya erti sabar. dan ramadhan kali ini juga tahap marah saya menjadi-jadi. salah sikit nak marah.mungkin sebab tension fikirkan study saya gagal kuasai sikap marah saya. saya minta maaf kepada kawan-kawan yang pernah di marahi saya. inilah kelemahan terbesar saya yang masih tidak dapat di kawal.

banyak kesan negatif akan terjadi kepada diri kita sekiranya kita tidak mengawal kemarahan kita. antaranya kesannya adalah terhadap kesihatan kita. dan hubungan antara kawan-kawan kita. hubungan antara masyarakat sekeliling dan paling penting sikap marah akan membuatkan hati kita keras dan sukar untuk memaafkan orang lain.

itulah sebabnya rasulullah saw menyebut sehingga tiga kali perkataan jangan marah. kerana marah badan binasa. kita tukar sikit ungkapan kerana mulut badan binasa. lagi-lagi kita marah di bulan yang mulia ini. penat dapat tapi pahala kurang.

saya cuba mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini untuk mengubah dan mengurangkan sikap panas baran saya. antara usahanya adalah dengan membaca al quran, berzikir dan qiamulail dan usaha yang lain adalah dengan cara berdoa. alhamdulillah sikit sebanyak ia membantu saya dalam usaha mengurangkan sikap panas baran saya. tapi kadang-kadang terlajak juga. rasa bersalah sangat kepada kawan yang pernah di marahi saya. maafkan saya. insyallah saya akan teruskan usaha megurangkan kemarahan ini.