Wednesday, March 4, 2009

Mak kata jangan buat, kita jangan buat.

Salam.
Sudah lama saya tidak "menyentuh" blog saya ini. Rasa rindu pula.Tidak silap saya sebulan yang lepas saya mula buat blog dan sampai tarikh itu sahaja saya update blog saya. Bukannya sibuk mana pun saya ni. Saja menyibukkan diri. Alhamdulillah, pagi ini saya di beri peluang untuk meng"update" blog saya. Mintak maaf kepada pembaca sekiranya blog saya tidak menarik dan layout yang agak boring. Saya pernah terbaca dalam satu majalah ( tidak berapa nak ingat tajuk majalah tu), dalam satu ruangan dalam majalah itu ada ruangan tentang ilmuan-ilmuan zaman ini. Saya mengambil sepotong ayat dari ruangan tersebut. " Kita janganlah melihat atau menilai siapa yang menyampaikan sesuatu (ceramahke, kuliahke) tapi kita mestilah menilai atau mendengar apa yang di sampaikannya". Jelaskan di sini. Yang paling penting di blog saya ini ialah apa yang ingin saya sampaikan. Layout yang menarik adalah sakadar pelengkap kepada blog saya

Bercerita pasal semalam, selepas solat maghrib di masjid, seperti biasa, sementara menunggu kuliah maghrib,saya bercerita dengan kawan-kawan. Macam-macam cerita. Bercerita pasal masalah-masalah yang di hadapi( termasuk masalah lelaki..hmm), masalal belajar dan mengenai perempuan. (perempuan?). Sedang-sedang bercerita saya, kawan saya Amir meminta saya membantunya membuat air untuk penceramah.Katanya, "mesti siap sebelum Isyak, nanti kelam kabut". Amir time tu tergesa-gesa hendak ke kelas( kelas malam). Saya pun terus bangun dan mencari jug air. Tiba-tiba tergerak hati saya untuk keluar masjid. Tibe di tangga masjid, saya di sapa oleh pensyarah saya, ( saya belajar dalam jurusan diploma Pengurusan Maklumat di UITM Johor Kampus Segamat) Encik Al Bakri.Encik Bakri ni bagus orangnya. Sentiasa berjemaah di masjid. Encik Bakri juga bakal menyambung pengajiannya ( PHd) InsyaALLAH di UKM (Universiti Kebangasaan Malaysia). Kalau tidak silap sayalah. Hmm berbalik kepada cerita terserempak dengan Encik Bakri tadi, beliau menyapa saya. Saya ni seorang pemalu tak kena tempat. Bukan saya sombong tapi itulah diri saya. Segan nak tegur orang atau sapa orang ( insyaallah saya akan buang sifat yang tak kena tempat ni jauh-jauh). Bukan kita di larang untuk punyai sikap malu atau segan. Itu adalah sifat yang di tuntut dalam Islam. Kita di tuntut untuk punyai sifat malu ini apabila melihat maksiat berlaku depan mata. Malu hendak membuat dosa kepada ALLAH SWT. Tapi dalam situasi saya ini, saya malu bukan pada tempatnya. Tak elok macam tu.

Berbaik kepada cerita Saya dan Encik Bakri, beliau mengajak saya makan-makan di gerai Ibu.( Ibu di ambil daripada gelaran tuan punya gerai). Gerainya juga berdekatan dengan masjid dan kolej saya. Jadi tidak ada masalahlah bagi saya atau Encik Bakri makan di situ. Bila masuk waktu Isyak terus pergi masjid.

Banyak yang kami borakkan. Yang paling penting adalah tentang masalah yang saya hadapi sekarang.(kurang minat terhadap kursus yang saya belajar sekarang). Macam-macam Encik Bakri menasihatkan saya. Beliau tanya ayah saya kerja apa, macam mana belajar saya dan macam-macam lagi.

Hebat Encik Bakri dalam memberi nasihat. Saya memberitahu beliau bahawa impian saya adalah untuk membuka Kedai Roti. (saya minat makan pelbagai jenis roti. Keinginan untuk membuka perniagaan Roti muncul apabila saya membeli roti di salah satu kedai roti di Pelabuhan Klang. Nampak menarik). Encik Bakri menyarankan saya perlu berusaha dari saat kami berbincang untuk membuka satu kedai roti. Beliau juga menyarankan saya untuk membuat satu blog berkaitan roti dan semua jenis roti (Tunggu dan lihat). Bagus cadangan Encik Bakri. Saya harap saya dapat merialisasikan impian saya.

Dalam perbincangan saya dan Encik Bakri, beliau menyelitkan " Apa yang kita buat, apa yang kita usahakan, selepas itu mestilah berdoa kepada ALLAH."Hmm betul tu. Selalunya kita ni lebih doa dari usaha ( saya la tu). Kadang-kadang rasa menyesal di hati bila keadaan saya macam ni. Ye la, Nak berjaya dunia akhirat tapi tak mahu usaha lebih. Cakap saja pandai tapi buat ala kadar je. Orang yang hendak berjaya melakukan satu perkara tu melebihi apa yang di hajati. Tidak pernah kenal erti putus asa. Lagi-lagi apabila seorang muslim yang hebat dari segi usaha untuk berjaya dan juga hebat beribadah kepada ALLAH ( Ya ALLAH masukkan aku dalam golongan begini). Kejayan tidak pernah datang bergolek, melompat, merangkak dan macam-macam gaya. Tapi kejayaan hidup akan datang apabila kita FIKIR, KITA LAKUKAN, KITA USAHA, KITA DOA dan KITA TAWAKAL. Itu adalah formula terbaik untuk kita berjaya.

Macam-macam lagi yang kami bincangkan. Allah telah pertemukan saya dengan seorang yang berwawasan jauh. Alhamdulillah. Kesimpulan yang saya dapat rumuskan, yang tentukan kejayaan dalam hidup kita adalah diri kita sendiri. Betul kata mak kita time kita kecil-kecil dulu.Mak kata " Jangan main hujan nanti demam". Tapi apa yang mak larang tu la yang kita buat dan betul kata mak. tak lama lepas kita main hujan kita demam. dan mak kitalah yang jaga kita siang malam tak kenal erti benci dan marah. Itula mak. Inilah yang saya tekankan tadi (kejayaan hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri). Mak, ayah, kakak abang atau kawan-kawan kita sekalipun mereka tidak mampu mengubah diri kita. Mereka hanyalah sekadar pemberi nasihat dan yang mengubah dri kita adalah KITA, KITA dan KITA.

Insyallah, doakan kejayaan saya dunia akhirat. Juga doakan kawan-kawan saya.
kita berjumpa lagi di lain tajuk..

~azam mn~

No comments:

Post a Comment