Monday, September 7, 2009

Separuh ramadhan.

Alhamdulillah, sudah 16 hari umat islam di dunia menjalani ibadah puasa. Tetapi dalam seronoknya menjalani ibadah puasa ini, saya terfikir adakah puasa saya kali ini diterima ALLAH atau tidak? Adakah amal-amal yang lakukan dalam bulan Ramadan ini di terima? Saya berfikir sejenak. Banyak perkara yang sia-sia saya lakukan dalam bulan ini. Rasa hina dan berdosa sangat. Sebelum ramadhan saya berniat hendak melakukan macam-macam ibadah. Kerana inilah peluang terbaik saya untuk mencari redha ALLAH dan kekuatan untuk menghadapi masa yang akan datang..

Dalam ramadan kali, Alhamdulillah usaha saya untuk menghafal sebanyak mungkin ayat AL Quran dapat di teruskan. cuma selepas ini saya perlu meminta tolong ustaz-ustaz yang arif dan mahir mengenai Al Quran untuk mendengar hafalan saya. Seronok rasanya menghafal dan terus menghafal ayat suci al Quran. Inilah yang saya ingin-inginkan. mempelajari AL Quran dan mengamalkannya. Saya nekad, selepasa belajar di Uitm ini, saya ingin meneruskan pengajian sya dalam AL Quran dan tafsir. Tidak mengapa sekiranya saya bermula dari bawah. Asalkan ilmu al quran saya dapat pelajari dan mengamalkan perintah-perintah ALLAH yang terkandung dalam Al Quran.

Masih ada beberapa hari lagi kita dapat menjalani ibadah puasa. Hanya beberapa hari. Saya berdoa semoga ALLAH memberi saya kekuatan untuk beramal dalam bulan ini.

Perkara yang pertama yang perlu saya ubah dalam diri saya ialah menahan marah dan bersabar. Inilah kelemahan yang ketara dalam diri saya.

Saya terbaca satu buku dan saya terpandang pada hadis nabi mengenai marah. Sahabat nabi yang bernama Abu Darda' pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepada ku satu amalan yang akan membawaku ke syurga." Nabi menjawab, "Janganlah engkau marah!."Hadis ini di laporkan oleh Imam Thabrani dan Abid Dunya dengan sanad yang baik.

Ini menunjukkan sikap marah perlu kita elakkan dalam diri. Mungkin tanpa kita sedar ketika kita sedang marah, kita menyakitkan hati kawan-kawan. Maafkan saya kawan-kawan yang pernah saya marah dan sakitkan hati.

Insyallah saya akan terus usaha untuk elakkan marah dan bersikap sabar dalam semua keadaan. dan saya akan terus study dan study..

Selamat berpuasa dan doakan kesejahteraan umat Islam.

1 comment:

  1. Menuntut ilmu agama tak semestinya mesti pergi belajar kat pondok atau mengambil kursus syariah. Golongan Professional Muslim pun masih banyak diperlukan. Lengkapkan kedua-dua ilmu dunia dan akhirat, baru lah kebangkitan Islam tidak lagi sekadar mimpi buat kita semua. InsyaAllah..

    ReplyDelete