Assalamualaikum, berjumpa lagi saya dan semua dalam ruangan blog saya ini..semuanye dengan izin ALLAH, kerana kita milik ALLAH, dan ALLAH lah yang memberi izin kepada jari jemari saya untuk menaip blog. Jika ALLAH tidak izinkan, blog ini tidak ter update dan kosong begitu sahaja..TQ ALLAH..dan syukur..
Bercerita mengenai target saya seawal umur 24 tahun, ya, inilah keinginan saya yang sangat-sangat saya impikan dan harapkan, Menunaikan Umrah. Sejak kecil lagi keinginan ini sudah ada di dalam hati saya, dan bukan saya sahaja yang mempunyai keinginan ini, tetapi saya percaya semua yang bergelar MUSLIM teringin sangat hendak menunaikan umrah.
InsyALLAH, sekarang saya berusaha untuk mengumpul duit, dan berdoa kepada ALLAH supaya memilih saya untuk ke MEKAH, walaupun gaji saya tak seberapa, tapi saya percaya kepada ALLAH, insyALLAH, ALAH akan tolong saya untuk mengumpul duit hasil dari gaji saya..
Saya tak perlu untuk meminta tolong kepada orang lain, bagi saya, cukup minta tolong kepada ALLAH,kerana ALLAH tidak pernah mengecewakan hambaNYA..
Sekiranya ALLAH mengizinkan saya menunaikan umrah, selepas dari menunaikan umrah seorang diri, saya target pula, saya mampu bawa mak saya menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya haji..InsyALLAH..
Mula detik sekarang, doakalah saya supaya dapat menunaikan umrah dan doakan semoga aqidah kita terpelihara..jumpa lagi..
.....................
No comments:
Post a Comment