Friday, May 11, 2012

Target untuk Tunaikan Umrah awal umur 24

Assalamualaikum, berjumpa lagi saya dan semua dalam ruangan blog saya ini..semuanye dengan izin ALLAH, kerana kita milik ALLAH, dan ALLAH lah yang memberi izin kepada jari jemari saya untuk menaip blog. Jika  ALLAH tidak izinkan, blog ini tidak ter update dan kosong begitu sahaja..TQ ALLAH..dan syukur..

Bercerita mengenai target saya seawal umur 24 tahun, ya, inilah keinginan saya yang sangat-sangat saya impikan dan harapkan, Menunaikan Umrah. Sejak kecil lagi keinginan ini sudah ada di dalam hati saya, dan bukan saya sahaja yang mempunyai keinginan ini, tetapi saya percaya semua yang bergelar MUSLIM teringin sangat hendak menunaikan umrah.

InsyALLAH, sekarang saya berusaha untuk mengumpul duit, dan berdoa kepada ALLAH supaya memilih saya untuk ke MEKAH, walaupun gaji saya tak seberapa, tapi saya percaya kepada ALLAH, insyALLAH, ALAH akan tolong saya untuk mengumpul duit hasil dari gaji saya..

Saya tak perlu untuk meminta tolong kepada orang lain, bagi saya, cukup minta tolong kepada ALLAH,kerana ALLAH tidak pernah mengecewakan hambaNYA..

Sekiranya ALLAH mengizinkan saya menunaikan umrah, selepas dari menunaikan umrah  seorang diri, saya target pula, saya mampu bawa mak saya menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya haji..InsyALLAH..

Mula detik sekarang, doakalah saya supaya dapat menunaikan umrah dan doakan semoga aqidah kita terpelihara..jumpa lagi..

.....................

Monday, March 19, 2012

Nak jadi bos..

Alhamdulillah, saya masih mampu menggunakan jari-jari pemberian ALLAH yang tidak terhingga ini untuk menaip blog..nikmat tuhan mana yang saya nak dustakan? Tidak ada. Semuanya lengkap dan tiada tandingannya.

Kali ini saya ingin berkongsi keinginan dan impian yang saya angan-angankan hampir setiap hari, iaitu ingin menjadi bos. Menjadi bos untuk bisnes-bisnes yang saya impikan. Bisnes yang mampu membawa kejayaan untuk Ummah. Saya sudah mula berangan-angan untuk jadi bos sejak kecil lagi. Ramai di luar sana ingin jadi bos. Ya kan?

Untuk jadi bos, hasil dari pengamatan dan kajian saya, bukan senang nak jadi bos. Lagi-lagi bos yang istiqamah untuk menjayakan Ummah. Bos yang mampu mencegah mungkar dan menyuruh yang maaruf. Bos yang adil. Bos yang bertoleransi. Bijaksana..Bos yang selalu dan tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid. Bos yang berfikiran jauh..Payah nak jadi bos macam ni. Tapi perlu di ingat, pengalaman yang akan di lalui untuk menjadi bos akan membuatkan sifat-sifat di atas akan masuk dalam diri kita. Percayalah.. Yang penting kita jangan mengalah dan jangan lupa kita ada ALLAH..Doa banyak-banyak kepada ALLAH semoga kita akan jadi bos yang ALLAH sayang..

Inilah impian saya satu hari nanti..kerana bila jadi bos saya ingin sangat mengajak staf-staf saya mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kerja. Kerana saya yakin , apabila kita serapkan nilai-nilai Islam dalam kerja, kesannya, akan menguntungkan bisnes kita dan objektif untuk menjayakan Ummah boleh tercapai . Bisnes berjaya, kita dan satf - staf kita secara automatiknya, mempromosikan Islam di mata orang bukan Islam..

Inilah tugas kita di atas muka bumi ini..sejak kita dilahirkan lagi kita telah memikul satu amanah iaitu mempromosikan Islam di seluruh dunia..di setiap lapangan kerja kita. di setiap apa yang kiat lakukan..semuanya perlu ke arah Islam. dan nak jadi bos pun mesti tujuan kita jadi bos untuk mempromosikan Islam. Sebab semua ini akan jadi saksi kita di hadapan ALLAH yang kita ada buat kerja-kerja yang ALLAH amanahkan ..

InsyALLAH.. sama-sama kita start hari ini, kita pasang impian untuk jadi bos yang hebat untuk AGAMA ISLAM..Bos yang beriman..yang ALLAH sayang..

DOA banyak-banyak dan jangan tinggal solat lima waktu..

saya akan terus berusaha dengan angan-angan saya sehingga tercapai dengan izin ALLAH..

jumpa lagi..

Friday, February 24, 2012

Kembali mengUPDATE blog..

Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita dalam ruangan blog saya..lama da saya tinggalkan blog ni..hari ni dengan izin Allah di gerakkan hati saya untuk mengupdate blog ni..

Alhamdulillah, saya masih hidup di bumi Allah ini..Allah masih pinjamkan nyawa untuk saya..masih pinjamkan duit untuk saya, masih pinjamkan sebuah keluarga untuk saya, masih pinjamkan segala-galanya untuk saya, Alhamdulillah..masih tidak pernah kedekut untuk meminjamkan kepada kita. terpulang kepada kita untuk menggunakan amanah pinjaman Allah, sama ada kita gunakan untuk kebaikan atau untuk kerosakan di muka bumi ini.

semoga kita dalam keredhaan ALLAH..